Thursday, February 23, 2012

KERABU MANGGA

DSC_0314 DSC_0326 

Kita layan Kerabu mangga yang tak berapa nak muda ye... ^__^ 

 Bahan-Bahan: 
2 biji mangga – mayang memanjang 
1 biji bawang merah – hiris nipis 
2 biji cili api – potong kecil 
sedikit gula 
sedikit garam 
2 biji limau nipis – ambil air perahan 
udang - bersihkan dan rebus sehingga masak. 
sedikit daun bawang 

Cara Membuatnya: 
- Satukan kesemua bahan. perasakan dengan garam, gula dan perahan limau.
- Tabur daun bawang dan letak atas pinggan. boleh la di hidang.

GIFT CUPCAKES

DSC_0366 DSC_0365 DSC_0384 DSC_0383 

Set cupcake di tempah oleh Kak Ita sempena majlis apa saya tak pasti.. Thanks Kak. Ita..

HANTARAN FONDANT CAKE

DSC_0429 DSC_0432 DSC_0422 

Fondant bertemakan warna pink dan purple di buat sebagai hantaran perkahwinan kalau tak silap. Terima kasih banyak dengan tempahannya. :)

Wednesday, February 22, 2012

RESEPI SUP DAGING

DSC_0302 DSC_0306




Bahan-bahan
500gm Daging - bersihkan dan potong halus
3 s/b rempah sup  - jadikan pes
1 batang carrot - potong2
1 pokok daun sup dan daun bawang
2 biji tomato - belah 4
garam
air secukupnya

bahan tumbuk / kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
1 s/k lada hitam


bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Cara Membuatnya:
- Daging dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
- Masukkan rempah sup, daging dan kacau rata. 

- Rebuskan sehingga daging  betul-betul lembut.
- Masukkan kentang, lobak, air dan garam. Biarkan mendidih.
- Biarkan reneh sehingga  lobak menjadi lembut.
- Tutup api dan masukkan tomato.
- Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.


 

Designed by Alieff Artwork